
Sebulan sebelum hari Kemerdekaan, Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terhadap segala jasa beliau kepada rakyat.
Niat ini diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja selepas kemerdekaan dan setelah dibina Tunku tidak mahu masjid ini dinamakan sempena nama beliau.
Beliau mencadangkan ianya dinamakan `Masjid Negara'. Tugasan diberikan kepada satu kumpulan arkitek dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang diketuai oleh Baharuddin Abu Kassim (Dato).
S

masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, UEA & Sepanyol.

Akhirnya terlahirlah sebuah masjid yang mempunyai identitinya sendiri & yang terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Rekabentuknya moden, dihiasi dengan corak keislaman sambil ada penerapan nilai-nilai senibina tempatan.
Rekabentuk moden yang agak unik ini mencakupi ekspresi kontemporari dalam seni kaligrafi & ornamen tradisional Islam.
Kalau dilihat dari penggunaan konkrit tetulangpadakeseluruhanstruktur masjid, mungkin boleh Deri katakan ianya melambangkan kekuatan & keteguhan rakyat Malaysia selepas merdeka.

Menara memberi gambaran payung terkuncup manakala bumbung berupa payung terbuka. Masjid ini melalui tempuh 2 tahun untuk menyiapkannya iaitu dari tahun 1963 hingga 1965 dan menelan belanja sebanyak 10 juta ringgit.
LOKASI MASJID
Terletak di kawasan seluas 13 ekar di Jalan Perdana, Bandaraya Kuala Lumpur. Ia diapit oleh Bangunan-bangunan Stesen Keretapi (lama) KTM, Kompleks Dayabumi, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung & Taman Tasik Perdana. Bangunan masjid sahaja merangkumi kawasan seluas lebihkurang 3-5 ekar.
SENIBINA MASJID

**Bumbung/kubah dewan solat utama berbentuk payung kembang, beropol 18-segi dan dibina dari konkrit tetulang. Warna asalnya adalan merah jambu. Selepas pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1987, ianya ditukar kepada mozek kaca hijau & biru. Bumbung ini berukuran 84 kaki tinggi, 200 kaki garispusat dan disokong oleh 16 batang tiang konkrit (3 ka. garispusat). Tiap-tiap tiang berturapkan terrazzo.

**Mihrabnya telah diubahsuai dari bersegi kepada melengkung dan bertatahkan ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Mimbar pula dibina dari kayu berukir.
**Galeri di aras mezanin dikhaskan untuk muslimah. Galeri ini dihiasi dengan kekisi awan larat bercirikan kebudayaan Islam & dipengaruhi oleh masjid Taj Mahal & Patehphur Sikri di India.

**Satu ruang berbumbung konkrit beropol 7-segi dibina disebelah barat masjid. Ruang ini dinamakan Makam Pahlawan di mana ianya merupakan tempat persemadian 7 orang tokoh-tokoh terbilang di Malaysia. Di bahagian luar makam tersebut merupakan tanah perkuburan Islam untuk orang-orang ternama.

**Aras bawah masjid diperindahkan dengan lanskap yang menarik. Kolam yang dibina memanjang & air pancuran yang disediakan begitu mempesonakan. Pokok-pokok palma juga banyak ditanam.
No comments:
Post a Comment